27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JAMES RATIB UCAP SELAMAT HARI IBU KEPADA SELURUH KAUM IBU

Gambar sekadar hiasan…James ketika menyantuni seorang warga emas dalam satu majlis pada tahun 2017

BELURAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib mengucapkan selamat hari ibu kepada seluruh kaum ibu di kawasannya termasuk Dun Telupid dan Labuk serta kawasan-kawasan lain di negeri ini.

Katanya, kaum ibu merupakan tunjang utama keluarga kerana tanpa mereka kebahagiaan dan keharmonian sesebuah institusi keluarga itu akan goyah.

“Kaum ibu wajar diberikan penghargaan tertinggi kerana tanpa seorang ibu, tiadalah insan bergelar anak yang mampu menjadi manusia yang berguna untuk bangsa, agama dan negara”. Jelasnya dalam satu kenyataan pada Ahad sempena sambutan hari ibu.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah berkata, kaum ibu ibarat permata berharga untuk semua pihak memberikan sanjungan tinggi tidak kira apa juga kedudukan seseorang itu.

Beliau turut menambah, pepatah yang mengatakan “Syurga Di Telapak Kaki Ibu” adalah tepat kerana tidak mungkin seseorang insan itu membesar dengan sempurna tanpa belai kasi sayang seorang ibu.

“Oleh itu, sebagai insan bergelar anak, hargai setiap pengorbanan kaum ibu agar hidup kita sentiasa diberkati dan jangan sesekali mensia-siakan kehidupan ibu kita”. Katanya.

Dalam masa sama, James turut mendoakan kesejahteraan seluruh kaum ibu agar golongan itu sentiasa diberikan kesihatan dan keselamatan berkekalan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN