25.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jambatan Sungai Pamalan di KM 1.1 Jalan Bingkor Bypass, kini boleh dilalui

Robert (tengah)memotong riben sebagai simbolik pelancaran penggunaan rasmi jambatan itu.

KENINGAU: Jambatan Sungai Pamalan di KM 1.1 Jalan Bingkor Bypass, Keningau  telah siap sepenuhnya dan kini boleh dilalui mulai kelmarin (26 April 2022).

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, jambatan baru itu telah siap lebih awal iaitu siap dalam tempoh lapan bulan  daripada tempoh 18 bulan yang dijadualkan.

Robert yang juga ADUN Bingkor berkata, jambatan baru yang boleh dilalui secara dua arah, adalah bagi menggantikan jambatan Bailey yang dibina sekitar 1970-an.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan penggunaan secara rasmi jambatan itu kelmarin.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Keningau Puan Easter Michael Sutili @ Norhafizah, Jurutera  Bahagian JKR Pedalaman Zulkefli Salip Arjud, wakil daripada Parlimen  P.180  Johari Pongod dan semua kakitangan UPPM Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN