Abidin dan lain-lain menunjukkan tanda bagus untuk jambatan (belakang) yang telah siap sepenuhnya itu
RANAU: Jambatan konkret yang pernah menarik perhatian mantan Yang DiPertuan Agong dalam siri Jelajah Borneo Tuanku di sini satu ketika dahulu, akan siap dibina sepenuhnya dua tahun dari sekarang.
Walaubagaimanapun, Jambatan Gantung Kg Lungkidau yang baharu kini sudah siap sepenuhnya dan dapat digunakan oleh penduduk Kg Lungkidau dan kampung-kampung sekitarnya.
Jambatan gantung yang telah siap itu telah dirasmikan pembukaannya oleh ADUN Paginatan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir di sini baru-baru ini.
“Kita harus menghargai keprihatinan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor kerana memberi peruntukan serta merta untuk membina jambatan gantung baru untuk mengganti jambatan gantung lama yang dihanyutkan oleh banjir besar tahun lepas,” katanya.
Berkenaan status jambatan konkrit Kg Lungkidau, katanya, maklumat daripada Pengarah JKR baru-baru ini mengatakan bahawa surat tawaran sudah pun dikeluarkan kepada kontrektor dan tapak pembinaan akan diambilalih oleh kontraktor pada 5hb Disember 2024.
“Masa pembinaan adalah selama 2 tahun,” katanya ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Jambatan Kg Lungkidau Ranau yang diadakan di Mini Dewan kampung tersebut baru-baru ini.
Berkenaan dengan status Pekan Kecil Paginatan, Abidin menjelaskan bahawa teknikal permit daripada jabatan-jabatan kerajaan terlibat perlu dikemukkan kepada Pejabat Tanah dan Ukur sebelum geran tanah tersebut dapat dikeluarkan.
“Sementara menanti pengeluaran geran tanah, kita akan usahakan untuk mendapat sendikit peruntukan supaya kerja-kerja pembersihan dan pembinaan bangunan sementara depat dilaksanakan,” katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai tempoh perlantikan JKKK di sini di mana setakat ini belum ada ketetapan kerajaan samada penamatan akan dibuat dalam masa terdekat atau meneruskan tempoh JKKK yang sedia ada.
Walaubagaimanapun, beliau berharap agar JKKK di sini akan dilanjutkan sehingga selepas PRN 17.
“Seperti saranan saya di kampung-kampung lain di DUN Paginatan, kita harus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi kesinambungan pembangunan yang sudah disusunatur untuk membangunkan Negeri Sabah.
“Pencapaian Kerajaan GRS dalam empat tahun memerintah Sabah memang tidak dapat dinafikan oleh siapa-siapa. Ini telah membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan negeri Sabah,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Lungkidau, Minjun Sapanggal berterima kasih atas jasa baik Datuk Abidin yang sudah bertungkus lumus mencari dana untuk pembinaan Jambatan Gantung Lungkidau.
“Ianya sudah siap sepenuhnya dan digunakan oleh penduduk Kg. Lungkidau dan kampung-kampung sekitar. Datuk amat prihatin dengan keperluan Kg. Lungkidau di mana banyak bantuan telah diberikan,” katanya.
Turut hadir Pemimpin Pembanguanan Masyarakat (PPM) Hishamudin Harun, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling, KAN Jaimin Jeffrey, Ketua Wiranita Paginatan, Siti Nurjana Abas, Ketua Wiramuda Paginatan, Hillary Salmoen dan lain-lain.