SERAH..Jamawi menerima surat perlantikan rasmi sebagai Pengerusi SUDC yang baharu dari bekas pengerusi lama atuk Bonipasiius Bianis @Boniface(dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Pengurus Kumpulan SEDCP Datuk Haji Pagiran Saifuddin Pg Tahir ( kanan) dan Pengurus Besar SUDC Anthony Undan Dumpangol (kiri)
KOTA KINABALU: Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC) yang baharu Jamawi Jaafar berkata amanah yang diberikan oleh kerajaan negeri bagi beliau menggalas tugas sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan merupakan satu cabaran baharu untuk dilaksanakan.
Katanya tugas serta tanggungjawab tersebut diluar dari kemahiran beliau yang lebih arkab dalam bidang pertanian namun beliau beranggapan ianya satu cabaran baharu yang mendorong beliau berfikir diluar kotak pemikiran.
“ Saya anggap ini satu cabaran baharu, namun dengan adanya pihak pengurusan yang sediada serta berpengalaman dengan membudayakan konsep kerja berpasukan saya yakin tugas serta tanggungjawab ini mampu dilaksanakan sebaiknya ” katanya dalam amanat awalnya bersama pihak pengurusan SUDC selepas menerima surat perlantikannya sebagai pengerusi baharu SUDC yang disampaikan oleh bekas Pengerusi SUDC sebelum ini Datuk Bonipasiius Bianis @Boniface di Pejabat SUDC Wisma MAA dekat sini kemarin.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Haji Pangiran Saifuddin Pg Tahir,Pengurus Besar SUDC Anthony Undan Dumpangol,Timbalan Pengurus Besar Datin Leena Toyoi serta pegawai pegawai kanan SUDC.
Menurut Jamawi yang juga bekas Wakil Rakyat Kemabong SUDC yang terlibat dalam sektor pembangunan hartatanah pusat komersial dan perumahan sudah tentu berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya ketika ekonomi negara merundum ekoran penularan pandemik koronavirus Covid-19 yang bukan sahaja dihadapi oleh negara malah hampir seluruh dunia sedikit menjejaskan usaha membangun dan merasang ekonomi negeri Sabah menerusi pembangunan hartatanah.
“ Kita akan mencari makanisme baru untuk menangani cabaran ini dan ini akan kita perincikan dalam mesyuarat pengurusan yang akan datang” jelas beliau.
Sambil menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan negeri GPS dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor yang memberikan kepercayaan melantik beliau sebagai Pengerusi SUDC yang baharu Jamawi berharap konsep kerja berpasukan dalam organisasi tersebut akan terus menjadi budaya bukan sahaja di pihak pengurusan malah di peringkat kaki tangan bawahan.
“ Kejayaan organisasi ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak pengurusan tertinggi malah semua pihak perlu mengamalkan budaya kerja berpasukan bagi meletakkan SUDC sebagai salah sebuah syraikat berkaitan kerajaan di negeri ini dalam mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang” tambah Jamawi.