31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jalan Tambunan – Penampang di Kilometer 52.35 kini boleh dilalui bermula hari ini.

Robert (tengah)bersama rombongan semasa melawat jalan itu.

TAMBUNAN:Jalan Tambunan – Penampang berhampiran Air Terjun Masakob di kilometer 52.35 yang runtuh baru-baru ini kini boleh dilalui bermula hari ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin yang melawat di lokasi pagi tadi berkata, ia boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Walau bagaimanapun katanya, pengguna dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati apabila menggunakan jalan ini dan sentiasa bertimbang rasa antara satu sama lain.

Beginilah keadaan jalan runtuh yang sudah diselenggarakan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN)Bingkor berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam membaiki jalan ini.

“Dengan siapnya penyelanggaraan jalan yang runtuh itu kini ia memudah pengguna di daerah ini berurusan di Kota Kinabalu dan sekitarnya” katanya.

Hadir sama dalam lawatan ini, Jurutera JKR Tambunan IR. Celvin Justin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tambunan Alexius Kuiob.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN