Jaulis (kiri)semasa meninjau pembinaan jalan itu.
KENINGAU:Penduduk Kampung Tinunon Bandukan kini merasa gembira apabila jalan di kampung itu sepanjang 500 meter dinaiktaraf dengan jalan konkrit.
Jalan menuju ke tanah keuskupan (tanah gereja)kampung itu telah pun siap dan boleh digunakan.
Pengerusi Tanah Keuskupan Jaulis @ Zeno Lian yang mewakili para petani di kampung itu berkata jalan tersebut kini memberi keselesaan kepada pengguna.

Beginilah keadaan jalan yang sudah siap.
Sebelum ini katanya, jalan itu sering mengalami kerosakan dan menyulitkan pengguna.
Jaulis berkata, jalan konkrit itu bukan sahaja digunakan oleh umat katolik ke tanah gereja tetapi ia juga digunakan oleh petani ke kebun mereka.
“Saya mewakili petani dan pengguna jalan itu merakam jutaan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya diatas usahanya menaiktaraf jalan kampung Tinunon Bandukan” kata Jaulis.