30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jalan raya Kg. Kuangoh akan diselanggara dengan kadar segera: Robert

LAWAT….. Robert (kirisemasa melawat jalan raya itu.

KENINGAU:Jalan raya Kampung Kuangoh yang mengalami kerosakan akibat hakisan berikutan hujan yang berterusan akan diselanggara dengan kadar segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik berkata, jalan raya yang rosak itu akan selanggarakan oleh syarikat konsesi AK Setia Sdn. Bhd. dalam masa yang terdekat.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya bercakap kepada Borneo Daily Bulletin di sini selepas melawat jalan raya itu hari ini.

“Sebaik menerima aduan penduduk Kampung Kuangoh melalui laman facebook mengenai kerosakan jalan raya akibat hakisan hujan itu, saya terus bergegas membuat lawatan bagi mengenalpasti kerosakan jalan yang dimaksudkan” jelas Robert.

Menurut Robert, jalan raya tersebuat di bawah konsesi AK Setia Bena Sdn Bhd dan akan di selanggara  oleh kontraktor berkenaan.

Beliau berharap, mana-mana jalan raya yang rosak di bawah jagaan konsesi itu perlu diselanggara. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN