ZIARAH..Jahid (kanan) ketika menziarahi keluarga mendiang Yonggo Linglin, semalam
TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim menziarahi keluarga mendiang Yonggo Linglin di Kg Kapa, sini semalam.
Mendiang, 85 tahun, meninggal dunia pada 19 Februari lepas.
Ketika bertemu ahli keluarga mendiang, Jahid mengakui tersentuh hati apabila ditunjukkan sebingkai gambar yang masih tersimpan kemas berhampiran keranda mendiang.
“Dalam frame tersebut mengandungi watikah penghargaan yang saya sendiri tandatangani dan diserahkan kepada mendiang bersama puluhan pemimpin yang lain dalam satu majlis di Bontoi Cafe pada tahun 2013.
Menurutnya, program itu adalah sempena menghargai golongan warga emas berumur 70 tahun ke atas.
“Tambah menyentuh hati, orang yang menyediakan sijil ini juga telah pergi meninggalkan kita iaitu mantan Setiausaha Pergerakan Wanita PBS Bahagian, Rina Sandar,” katanya
mengingati jasa pejuang Wanita PBS Bahagian Tamparuli itu.
Justeru, beliau mengajak semua untuk sentiasa meraikan kebersamaan dan sentiasa mensyukuri hidup sambil menjaga kesihatan.
“Moga kita semua sentiasa diberkati, salam takziah kepada mendiang dan semua pejuang-pejuang yang telah meninggalkan kita,” katanya.
Salam takziah kepada seisi keluarga mendiang, dari kami PBS N.14 Tamparuli.