32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jahid Jahim Menyantuni Petugas SJR di Bulatan Nenas Tamparuli.

Jahid (tengah)dan rombongan merakamkan gambar kenangan bersama petugas barisan hadapan.

TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim membuat lawatan ke pusat Sekatan Jalan Raya (SJR) di Bulatan NenasTamparuli hari ini.

Jahid membuat lawatan singkat itu sejurus selepas meninjau keadaan banjir di beberapa kawasan terjejas di sekitar Tamparuli, Topokon Wangkod, dan Tenghilan bermula pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli turut mengambil peluang melawat mangsa banjir yang telah dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Tun Hamdan.

Kehadiran Jahid ke SJR berkenaan disambut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan dan Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Bin Halim.

Sepanjang lawatannya, Jahid menghargai petugas barisan hadapan (frontliners) yang telah banyak membantu dalam usaha membendung penularan Pandemik Covid-19 menerusi sekatan-sekatan jalan raya di segenap kawasan di Sabah.

Mazli sebelum itu turut melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Tun Hamdan Tamparuli.

Turut hadir Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Husain, dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran, Jamlin Ladin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN