27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jahid adakan kunjungan kepada Mahdzir bincang berkaitan kepentingan negeri Sabah.

DUA Pemimpin Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu mengadakan pertemuan di Pejabat Menteri KPLB, Putrajaya, hari ini.

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, di Pejabat Menteri, di Putrajaya, hari ini.

Kehadiran Jahid bersama rombongan disambut mesra Mahdzir, dan seluruh kakitangan kementerian berkenaan.

Antara lain inti perbincangan kedua-dua pemimpin tersebut adalah perkara-perkara yang berkaitan kepentingan negeri Sabah.

Jahid, yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, turut mengemukakan keputusan-keputusan yang telah dicapai di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah, melibatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Selain itu, Jahid turut membuat tindakan susulan mengenai projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli.

Untuk rekod, projek di bawah kerajaan Persekutuan tersebut melibatkan beberapa buah kampung antaranya Kampung Dopu, Kapa, Minangkob, Moingob, Koporingan, Togop, Loputung dan beberapa kampung sekitarnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN