29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 25, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Jadikan perayaan untuk kukuh perpaduan:Harun

DUIT RAYA…. Harun dan isterinya Mariam menyampaikan duit raya kepada sebahagian kanak-kanak yang hadir.- Foto: AJM

PITAS: Masyarakat berbilang kaum di negeri ini khusunya di Pitas hendaklah menjadikan setiap perayaan agama atau budaya sebagai jambatan untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum.

” Sambutan Hari Raya Aidilfitri umpamanya dapat memperkukuh dan memantapkan lagi perpaduan dan keharmonian kaum di negeri ini, kata
Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS), Datuk Haji Harun Haji Ismail.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Pitas berkata, di daerah ini terdapat banyak suku kaum dan budaya dengan anutan kerpercayaan masing-masing tetapi mempunyai kebersamaan untuk merayakan satu-satu perayaan.

HADIAH … Disaksikan oleh Mariam (dua dari kanan) Tom Adet (kiri) dan yang lain, Harun (tengah) menyampaikan hadiah pemenang pakaian meriah Hari Raya.

Harun berkata sebagai negeri yang didiami oleh rakyat majmuk dari dahulu lagi hingga sekarang semua kaum dapat sama-sama merayakan perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, Kaamatan, Krismas, Tahun Baru Cina dan sebagainya melalui amalan kunjung kunjungi mengunjungi antara satu dengan lain oleh berbagai lapisan masyarakat dari pelbagai pelusuk.

Menurut beliau rakyat hendaklah mengambillah kesempatan untuk terus berintraksi dan mengukuhkan jalinan silaturahim serta semangat perpaduan kaum agar kita terus menjadi masyarakat yang memiliki rasa hormat, sayang menyayangi diantara satu dengan yang lain.

Berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 di Kampung Pekan Lama Kalumpang Pitas dekat sini biar pun Aidilfitri telah berlalu Harun yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil dan Gas Development Corporation Sdn Bhd, berharap hubungan baik diantara satu dengan yang lain diteruskan sepanjang hayat hidup mereka.

SATU UNTUK ALBUM… Siti Mariam (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa pelaksana program (Bahagian Wanita).

Dimajlis yang itu, Harun dan isteri Siti Mariam Wong turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak, warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan pesakit kronik.

Turut disampaikan hadiah pakaian meriah Hari Raya pelbagai kategori dan menyampaikan sumbangan kepada kelompok sasar yang memerlukan.

Hadir sama dimajlis itu, isteri Harun Datin Hajjah Siti Mariam Wong, Pengerusi penganjur Juminah Ledin Ahli Jawatankuasa PGRS Bahagian Pitas merangkap Penyelaras program Malai Saharuddin Malai Ahmat bersama Pegawai Kemajuan Masyarakat CDO Pitas Ariffin Matasin, Pengerusi JPKK Pekan Lama Rosme@Tom Adet, Ketua Kampung Bayangking Taufan dan pemimpin komuniti setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN