27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Jadikan kenaikan pangkat sebagai pemangkin motivasi capai kecemerlangan: DSP Simiun

PENYEMATAN PANGKAT….Dsp Simiun Lomudin menyemat pangkat kepada Koperal Sokongan Nicholas Duke.

RANAU: Kenaikan pangkat membabitkan anggota dan kakitangan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan kepercayaan kepada penjawat awam untuk mempastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan cemerlang.

Ketua Polis Daerah Ranau, Dsp Simiun Lomudin berkata, kepercayaan yang diberi perlu digunakan sebaiknya oleh semua penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan gigih.

“Jadikan kenaikan pangkat sebagai pemangkin motivasi untuk lebih gigih berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam tugas yang diamanahkan”. Katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyematan pangkat kepada anggota dan kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau dekat sini pada Khamis.

Simiun (Tengah) bersama anggota dan kakitangan awam IPD Ranau yang dinaikkan pangkat.

Dalam majlis itu, seorang anggota dinaikkan pangkat daripada Lans Koperal kepada Koperal dan empat lagi dari Konstabel kepada Lans Koperal serta lima orang kakitangan awam menerima kenaikan daripada N19 kepada N22 dan gred S19 ke S22.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan tentang disiplin kakitangannya agar organisasi PDRM sentiasa dihormati masyarakat.

“Kekalkan amalan disiplin yang tinggi agar kualiti kerja terus cemerlang dan masyarakat terus menghormati pasukan kita sebagai agensi penguatkuasa undang-undang utama di negara ini”. Tegasnya.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Asp Jailix Amindang, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Asp Helvin Ribus, Ketua Cawangan Khas Daerah, Asp Nurul Hafidz bin Mohd Derus, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta pegawai-pegawai kanan dan ketua polis balai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN