30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jadikan kebudayaan pupuk perpaduan: Jonathan

CENDERAHATI..Jonathan menerima cenderahati disampaikan Geofry Yunsir

RANAU: Generasi baru  kaum Kadazan, Dusun, Murut  dan Rungus (KDMR)  disaran supaya menjadikan Kebudayaan mereka dari segi Pakaian Tradisi, Tarian, Kraftangan dan Nyanyian sebagai landasan memupuk perpaduan, kesejahteraan, persaudaraan serta keharmonian berkekalan dikalangan mereka.

Pengerusi  Jawatankuasa Keselamatan Pilihan Khas (JKPK)Malaysia, yang juga Ahli Parlimen P.
179 Ranau, YB.Datuk Jonathan Yasin berkata, menerusi kebudayaan seperti sambutan Pesta Kaamatan juga boleh memupuk perpaduan dan keharmonian bukan sahaja dikalangan KDMR malah suku kaum lain di Malaysia.

Datuk Jonathan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kg.Maukab di sini baru-baru ini.

Menurut Jonathan, rakyat tempatan amat digalakkan dan diberi sokongan agar  bijak mencipta banyak  lagu asli ‘Original Sabahan’ dan  tidak menciplak budaya bangsa asing.

“Pemimpin berbagai organisasi politik, sosial, ekonomi, keusahawanan  sentiasa menghargai peranan penduduk setiap kampung bagi melaksanakan program sambutan pesta kaamatan setiap tahun”, jelas Jonathan.

Beliau memuji jawatankuasa penganjur majlis itu, kerana berjaya  melaksanakan aktiviti sambutan pesta kaamatan setiap tahun.

“Ini membuktikan adanya perpaduan dan kerjasama erat dikalangan jawatankuasa pengajur serta sokongan daripada penduduk disini”, tegas Jonathan.

Majlis telah dihadiri ratusan penduduk bersama para jemputan  diserikan dengan tarian tradisi Sumazau oleh penduduk Kg.Maukab.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN