29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jabatan Kesihatan Labuan menjalankan persampelan makanan di Bazar Ramadan

BASHIR (dua dari kanan) menyampaikan risal dan bahan pendidikan keselamatan makanan kepada peniaga di Bazar Ramadan Labuan Walk sambil diperhatikan Dr Ismuni (kanan sekali)

LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan akan sentiasa memantau dan menjalankan persampelan makanan (RTE) di Bazar Ramadan secara berjadual dan bersasar.

Pengarahnya, Dr Ismuni berkata pihaknya akan terus membuat pemeriksaan di Bazar Ramadan bagi memastikan tiada kes kejadian penyakit bawaan makanan dan minuman berlaku dan semua pengusaha perlu mematuhi Akta Makanan 1983  demi kepentingan kesihatan awam di pulau ini.

“Pihak Jabatan Kesihatan akan sentiasa memantau semua gerai jualan sempena Ramadan terutama yang menjual makanan dan minuman secara berjadual dan bersasar. Jabatan ini juga telah menjalankan persampelan makanan  RTE (Ready To Eat) di Bazar Ramadan  membabitkan 39 sampel (mikrobiologi 10 sampel, kimia 29 sampel)” katanya dalam satu kenyataan media sempena Program Walkabout Jabatan Kesihatan di Bazar Ramadan Labuan Walk pada Rabu.

PERIKSA….. pegawai penguatkuasa Kesihatan ketika melakukan pemeriksaan di gerai Bazar Ramadan Labuan Walk.

Turut hadir pada program tersebut Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Pengarah Hospital Labuan, Dr Adnan Musa Balidran dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan

Pada program itu, Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbandanan Labuan turut menyampaikan agihan risalah dan bahan pendidikan keselamatan  termasuk apron kepada peniaga.

Bashir turut menasihatkan para peniaga di Bazar Ramadan untuk terus mematuhi SOP, ketika negara  sedang memasuki  ke fasa endamik dalam pengurusan COVID 19.

“Ini adalah janji kerajaan yang memberi kelonggaran bagi membolehkan rakyat di negara ini boleh menjalani kehidupan secara normal sekaligus membolehkan peniaga berniaga semula di Bazar Ramadan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN