31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Jabatan Kesihatan Labuan komited kukuhkan kerjasama dengan rakan strategik dan media.

Tahniah Dr Francis Paul menyampaikan sijil, penghargaan kepada Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Howard Martin Kim Sung@ Cornelius.

LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JKNWPL) sentiasa komited untuk bekerjasama dengan rakan strategik dan juga media dalam mempastikan komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.

Pengarah JKNWPL, Dr Francis Paul berkata dalam dunia kesihatan awam ia bukan sahaja tanggung jawab jabatan kesihatan semata mata, tetapi merupakan usaha bersama rakan strategik khususnya dalam menjayakan Whole of Government, Whole of Society’ di Labuan.

Beliau berkata, sumbangan tenaga, idea, kepakaran, ruang dan gerak kerja memberikan impak besar, kepada jabatan khususnya dalam mensejahterakan masyarakat yang sihat di pulau ini.

“Tanpa sokongan dan komitmen dari rakan strategik banyak program dan perkhidmatan kesihatan di pulau ini tidak mungkin dilaksanakan dengan lancar dan mencapai impak yang diharapkan.

“Kolaborasi yang utuh bersama rakan strategik mampu melahirkan komuniti yang lebih kuat, sihat dan berdaya saing”, katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik dan Media Bersama Jabatan Kesihatan Labuan yang diadakan di Dewan Sri JKR di sini pada Rabu.

Selain itu, Jabatan Kesihatan Labuan juga akan terus komited memperkukuhkan jaringan kerjasama bersama rakan strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Pada majlis itu beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada rakan media yang menjadi jambatan penghubung antara jabatan dan masyarakat.

“Liputan dan penyampaian maklumat yang tepat pantas dan beretika amat membantu dslam mendidik masyarakat serta mengurangkan salah faham berkaitan isu kesihatan.

Hadir sama pad najlis itu ketua-ketua jabatan, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat serta pengamal media.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN