Dr Francis menyerahkan tanda Larangan Merokok kepada salah seorang Pengurus premis pusat hiburan
LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan telah menjalankan Operasi bersepadu Undang Undang Kesihatan Awam (OSKA) di sekitar pusat bandar.
Operasi bersepadu OSKA melibatkan seramai 70 Pegawai dan Penguatkuasa Perbadanan Labuan dan PDRM itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Francis Paul.
Francis berkata, operasi selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Mac itu telah memeriksa 75 premis perniagaan termasuk premis pusat hiburan dan sebanyak 21 notis kompaun telah dikeluarkan bernilai RM 5,250.00 di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
”Selain Akta 852, OSKA turut melibatkan pematuhan Akta Makanan 1983 (Akta 281), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) dan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan 124 premis telah diperiksa serta sebanyak RM 5500 nilaian notis dikeluarkan” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Menurut beliau lagi, Jabatan Kesihatan turut memberi penekanan terhadap Akta 852 secara penguatkuasaan pendidikan ‘Tanda Amaran Larangan Merokok’ di semua 28 tempat dilarang merokok termasuk di premus pusat hiburan yang akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 April 2025.