RAYMOND menyerahkan I-Kad pekerja asing kepada Pengurus Syarikat Mehfil North Resturant Balvir Singh bagi sektor perkhidmatan (Resturan).
LABUAN: Jabatan Imigresen Labuan telah melaksanakan Program Kad Akuan Diri Pekerja Asing kepada enam sektor yang dibenarkan.
Pengarah Imigresen Labuan, Raymond Entalai berkata enam sektor yang dibenarkan ITU membabitkan sektor Pertanian, Perladangan, Pembinaan, Perkilangan, Perkhidmatan dan Pembantu Rumah.
Beliau berkata sehingga 28 Jun yang lalu Jabatan Imigresen Labuan telah menyerahkan sebanyak 25 I-Kad kepada pemeggang Pas Lawatan Kerja Pekerja Sementara (PLKS) kepada majikan” katanya dalam satu kenyataan di sini.
“Pengeluaran I-Kad ini tidak melibatkan sebarang kos tambahan kepada majikan dan I-Kad ini sah laku berdasarkan kepada tempoh sah laku PLKS di keluarkan” katanya dalam satu kenyataan media di sini
Raymond berkata pengeluaran I-Kad ini adalah untuk memudahkan pihak berkuasa membezakan pekerja asing dengan rakyat tempatan melalui sistem dokumen diri lebih bersistematik.
Dalam perkembangan yang lain beliau berkata setakat bulan Jun tahun ini, pihaknya telah menahan seramai 58 pendatang tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Katanya, tangkapan itu adalah hasil daripada pemeriksaan 1,059 warga asing melalui 252 operasi yang dijalankan secara berasingan sejak Januari tahun ini.