J.SAM ( duduk ketiga kanan) dan Yulim (duduk tengah) merakam gambar bersama barisan Jawatankuasa R2SC Sesi 2021-2023
RANAU: Timbalan Presiden Persatuan Penggemar Sistem Suara Ranau (R2SC), J.Sam Haji Sundin, dipilih sebagai presiden baharu persatuan itu untuk sesi 2021-2023 dalam Mesyuarat Agung kali ke-8, yang diadakan di sini pada Sabtu.
J.Sam memenangi jawatan itu tanpa bertanding selepas mantan presiden Yulim Kinsui, mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak penubuhan R2SC pada 2014. Yulim kini dilantik sebagai penasihat persatuan.
Jawatan Timbalan Presiden dimenangi Valentino Tony @ Joy dalam pertandingan dua penjuru. Manakala dua jawatan Naib Presiden, masing-masing dimenangi tanpa bertanding oleh Roslan Taip (baru) dan Frankie Sakmad (penyandang)
Enam jawatan Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK) turut dimenangi tanpa bertanding. Mereka terdiri Aaron Sualim (penyandang), Ramdy Jaimis (baru), Malis Jusi (baru), Suhainin Lusin@Mawi (baru), Colbert Edmund Joanness (baru) dan Jeffry Gamani (baru).
Sementara itu untuk jawatan eksekutif lantikan, Aduka Jasnin Suman, dikekelkan sebagai Setiausaha Agung, Vellarian Tan, Penolong Setiausaha Agung dan jawatan Bendahari Agung kekal disandang Bernadus Idang.
Dua Juruaudit Dalaman persatuan, Harimin Duari Hassan dan Velldy James turut dilantik pada mesyuarat itu.
R2SC yang didaftarkan pada 19 November 2014, telah menggariskan dua matlamat utama iaitu, menyatupadukan semua penggemar sistem suara di daerah Ranau dengan menjadikannya sebagai hobi dan aktiviti sambil menambah pendapatan ahli dan persatuan.
Selain itu, penubuhannya juga bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli penggemar sistem suara tanpa mengira peringkat umur, jantina dan agama di daerah Ranau sambil menjalankan aktiviti berkaitan sistem suara.
Pada mesyuarat itu juga, turut diadakan ialah penyampaian bantuan berupa wang tunai kepada ahli-ahli berdaftar R2SC yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

BANTUAN..salah seorang ahli R2SC yang terjejas pendapatan akibat Covid-19, menerima bantuan disampaikan Yulim Kinsui, sambil disaksikan J.Sam dan yang lain.
Bantuan tersebut adalah sumbangan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, yang diusahakan mantan presiden R2SC, Yulim Kinsui.