26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

J/Kuasa Masjid Al-Falah Kg.Tagudon Lama, ucap terima kasih kepada Jonathan Yasin

Gambar – Maharadz Mahmud 

RANAU: Jawatankuasa Masjid ‘Al-Fallah’ Kg.Tagudon Lama di sini, merakam penghargaan dan  terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II,   yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin kerana membantu penduduk menyediakan dana berjumlah RM13 ribu bagi membina   bangunan Pondok Pengurusan Jenazah dan pembaikan jalan sejauh 500 meter menuju ke Masjid  Kg.Tagudon Lama  yang pembinaannya  akan bermula tidak lama lagi.

Setiausaha Jawatankuasa Masjid Al-Fallah, Maharadz Bin Mahmud mewakili penduduk Islam di kampung berkenaan merakam penghargaan tidak terhingga  atas keprihatinan Datuk Jonathan membantu untuk mendapatkan peruntukan membina Pondok Pengurusan Jenazah dan menaik taraf jalan ke Masjid  Al-Fallah Kg.Tegudon Lama.

“Saya mewakili Jawatankuasa masjid  dan lebih 300  masyarakat Islam di kampung ini berterima kasih atas sumbangan Datuk Jonathan.

“Inilah pemimpin yang kita cari banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada rakyat tanpa mengira agama, suku kaum dan latarbelakang politik”, tambah Maharaz ketika ditemui.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN