Junior Fred mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Dr Hanifah.
KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menghulurkan sumbangan ikhlas kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( PPM ) N.40 Bingkor Junior Fred Vincent yang kepada Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Keningau Dr Hanifah Sabin mewakili Pengarah IPG Kampus Keningau.
Menurut Dr Hanifah, sumbangan tersebut adalah untuk Program Penyelia Kemas Dalam Bengkel Peningkatan Profesionaalisme Bimbingan Praktikum anjuran IPG Kampus Keningau.
Dr Hanifah Sabin merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert yang juga ADUN Bingkor atas sumbangan tersebut.
“Sumbangan tersebut begitu bermanafaat sekali dan sudah tentu dapat melancarkan dan menjayakan program yang akan dijalankan” katanya.
Hadir sama pada majlis ringkas penyampaian sumbangan itu,
Ketua Unit Praktikum IPG Kampus Keningau Puan Lydia Teo dan Puan Noemi Linus.
Turut menerima sumbangan kewangan daripada ADUN Bingkor itu adalah Persatuan Penjaja Apin-Apin.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh
Timbalan Ketua Wiramuda STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor JM Jeneddy Bundoi menyerahkan kepada Puan Jestina Gunir Pengerusi Persatuan Penjaja Apin-Apin.
Sumbangan ini diperlukan untuk membiayai kos pembelian pakaian seragam AJK Persatuan Penjaja agar semasa bertugas pada setiap hari Sabtu di Tamu Pekan Apin-Apin.