24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 17, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

IPD Ranau ingatkan pengguna jalan raya utamakan keselamatan


RANAU: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas bagi menjamin keselamatan diri dan orang lain.

Menurut kenyataan IPD Ranau baru-baru ini di laman Facebook Polis Daerah Ranau, beberapa amalan keselamatan perlu diberi perhatian, termasuk mematuhi had laju terutama di kawasan sekolah dan zon tumpuan awam, tidak memandu dalam keadaan mengantuk atau di bawah pengaruh alkohol, serta sentiasa menggunakan tali pinggang keledar dan topi keledar.


“Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan, mematuhi peraturan parkir serta lebih berhati-hati ketika hujan,” menurut kenyataan itu.

IPD Ranau berkata, pemantauan dan operasi trafik dijalankan secara berkala dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang jalan raya.

“Ingatlah, sikap berhemah di jalan raya mampu menyelamatkan nyawa. Jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab,” tambah kenyataan itu.

Sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan ke IPD Ranau di talian 088-875222.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN