25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

IPD Ranau anjur Program Hari Bertemu Pelanggan, beri peluang kepada masyarakat

Kaunter-kaunter agensi dalam PDRM Ranau di program Hari Bertemu Pelanggan.

RANAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan yang memberi peluang kepada masyarakat daerah ini lebih dekat dengan agensi penguatkuasa itu.

Program yang berlangsung di Pentas Budaya Pekan Ranau pada Sabtu mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat untuk mendapatkan pelbagai pandangan daripada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, Dsp Simiun Lomudin ketika ditemui berkata, program tersebut merupakan usaha pihaknya bagi merapatkan lagi hubungan baik dengan masyarakat dalam membenteras jenayah dengan lebih efektif serta mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih berkesan.

“Selain itu kita juga dapat bertukar idea dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi masyarakat khasnya yang berkaitan penguatkuasaan perundangan serta mereka juga digalakkan menjadi mata dan telinga bagi membantu pihak PDRM membenteras jenayah di daerah ini”. Jelasnya.

DSP Saimiun Lomudin bersama-sama Pegawai Kanan IPD Ranau mengedarkan risalah mengenai jenayah penipuan dalam talian kepada orang awam.

Dalam program itu beberapa kaunter telah dibuka membabitkan Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik serta Bahagian Ketenteraman Awam.

Pihak PDRM Ranau turut mengadakan aktiviti pengedaran risalah mengenai jenayah ‘Scammer’ bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar terhindar daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Turut serta dalam program tersebut adalah Asp Jailix Amindang, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Asp Nurul Hafidz bin Derus, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asp Mohd Affendi bin Che Yok, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti serta Pegawai Kanan dan Anggota PDRM Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN