Oleh: Jainuddin Nasir
RANAU: Inisatif kerajaan negeri Sabah bagi melaksanakan program ‘Outreach’ untuk meningkatkan jumlah penerima vaksin amat dialu-alukan.
Ramai berpendapat program itu amat penting terutama melibatkan penduduk kawasan pedalaman yang agak sukar ke pekan untuk urusan pendaftaran dan mengikuti vaksinasi Covid-19.

IRINE..Mengalu-alukan program ‘Outreach’
“Saya amat menyokong dan mengalu-alukan program Outreach itu untuk membantu penduduk luar bandar mendapatkan suntikan vaksin bagi melandaikan jangkitan Covid-19”,
“Menerusi program tersebut mampu mempercepatkan imunisasi kepada rakyat terutama kawasan pedalaman”, jelas Airine Abidin dari perumahan Taman Saujana Kinabalu (TSK) Ranau.
Seorang lagi orang awam yang sempat ditemui dan enggan namanya disebut turut mengalu-alukan inisiatif pihak kerajaan negeri melaksanakan program Outreach tersebut.
Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Paglima Haji Masidi Manjun dalam kenyataannya baru-baru ini menjelaskan, program itu dapat memberi kesedaran dan meningkatkan jumlah yang akan dapat divaksinasi melibatkan masyarakat luar bandar.