27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ingkar PKP, Polis Ranau beri amaran tidak lagi berkompromi.

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

“Satu perkara orang ramai perlu tahu, bahawa mana-mana individu jika ditahan, dituduh dimahkamah dan disabitkan kesalahan denda atau penjara atau kedua-keduanya sekali maka pesalah tersebut akan mempunyai rekod sebagai pesalah sampai bila-bila,”

-DSP SAMMY NEWTON, KETUA POLIS RANAU-

RANAU: Polis di sini memberi ingatan dan amaran kepada orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua atau bakal berdepan tindakan yang lebih keras iaitu didenda dan dipenjarakan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton, berkata, sepanjang PKP  fasa satu yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac lalu, polis telah mengambil pendekatan merayu, menjelaskan dan menasihati orang ramai supaya mematuhi PKP.

“PKP kini sudah memasuki fasa kedua perlaksanaannya, namun masih terdapat yang ingkar dengan pelbagai alasan remeh-temeh. Justeru itu, polis tidak lagi berkompromi dan akan menggunakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar perintah PKP,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut DSP Sammy, tindakan  seumpama itu terpaksa diambil bagi memastikan orang ramai terus mematuhi arahan PKP sebagai langkah memutuskan rantaian wabak Covid-19 daripada terus merebak dan meragut lebih banyak nyawa.

Beliau menjelaskan, mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana arahan Ketua Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa melakukan sesuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didanda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarkan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.

“Manakala mereka yang  menghalang tugas penjawat awam dalam menjalankan fungsi mereka semasa tempoh PKP, akan dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Satu perkara orang ramai perlu tahu, bahawa mana-mana individu jika ditahan, dituduh dimahkamah dan disabitkan kesalahan denda atau penjara atau kedua-keduanya sekali maka pesalah tersebut mempunyai rekod sebagai pesalah sampai bila-bila,” jelas DSP Sammy.

Beliau juga sekali lagi mengingatkan orang ramai khususnya ketua isi rumah yang hendak keluar ke pekan dan berurusan di bank atau membeli keperluan agar merancang perbelanjaan/pembelian untuk mengelakkan daripada kerap keluar rumah sekaligus menghadkan pergerakan. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN