29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

INFOZONUlar & Kelawar Antara Punca Wabak Virus Korona Menular Di Negara China

Orang ramai diminta untuk berhati-hati penularan virus korona yang akan menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Wabak ini telah dikenal pasti melunar dan merebak teruk bermula dari negara China.

Ular dan kelawar antara punca wabak ini

Melihat daripada laporan media-media tempatan, ular dan kelawar dipercayai menjadi punca utama virus korona ini merebak di negara China.

Ular spesis banded krait (bungarus multicinctus) dipercayai ular elapid paling berbisa yang hanya ditemui di timur tengah dan China selatan serta kawasan Asia Tenggara.

Kelawar pembawa bisa & virus yang sama!

Kelawar pula antara haiwan yang mempunyai bisa dan virus yang sama seperti yang terkandung dalam ular Ular spesis banded krait ini.

Kajian yang dilakukan ke atas kod genetik virus pada ular dan kelawar mendapati, ia mempunyai persamaan rapat dengan sampel virus korona seperti SARS dari China.

Virus 2019-nCoV tersebut disebarkan daripada haiwan yang dijual di Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan, China. Disebabkan warga negara China gemar makan haiwan eksotik, virus tersebut kemungkinan dijangkiti melalui pemakanan mereka.

Wabak yang menyebabkan pneumonia atau radang paru-paru itu pertama kali dilaporkan pada akhir bulan lalu di Wuhan dan kini telah menular ke beberapa negara di Asia termasuk Amerika Syarikat.

Secara jujurnya, rakyat China harus menghentikan perbuatan memakan haiwan eksotik kerana banyak keburukan yang diterima berbanding kebaikan terhadap diri dan juga kesihatan. Perbuatan ini telah menjejaskan kesihatan satu dunia.

Sumber: Sinar HarianDaily Star

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN