AG.ISMAIL (tengah) secara simbolik mersamikan Majlis Outreach Jelajah MADANI Jom Masuk TVET di Dewan Kuliah Utama ILP, pada Rabu.
LABUAN:Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan berjaya mencapai pelbagai kejayaan diperingkat antarabangsa sejak 40 Tahun beroperasi.
Pengerusi Kementerian Sumber Manusia (KASUMA) Wilayah Persekutuan Labuan, Ag Ismail Ag Tangah berkata, Antara kejayaan yang dicapai oleh ILP Labuan sepanjang tempoh itu ialah Memenangi Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia, memenangi empat kali Medalion of Excellence dalam World Skills Competition (WSC) masing masing di Jerman, England, Brazil dan Abu Dhabi UAE, memenangi Pingat Gold & Best of Nation dalam Asean World Skills Competition Jakarta Indonesia dan beberapa kejayaan lain.
“Selain itu ILP Labuan juga telah melakar kejayaan dalam bidang inovasi dan kreativiti seperti Projek D’Quick Drive Roof Screw System (IHBS) with Local Addative Materials mendapat pingat perak di peringkat Antarabangsa dalam pertandingan 33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition Malaysia (ITEX22), serta pingat perak di pertandingan Miri Creativity, Innovation & Technology Exhibition (MCITEC) melalui Projek Mini Smart Compressing Module” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Outreach Jelajah MADANI Jom Masuk TVET sempena Jubli Delima 40 Tahun ILP Labuan yang diadakan Dewan Kuliah Utama ILP Labuan, di sini, pada Rabu.
Sementara itu katanya, penganjuran Program Outreach yang julung kalinya diadakan adalah selaras dengan misi Negara untuk menjadikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai salah satu agenda pembangunan insaniah negara selain menjadi platform terbaik dalam memberikan pendedahan awal berkenaan program Pendidikan TVET.
“Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan Pendidikan TVET kepada masyarakat sebagai pilihan utama bidang pendidikan disamping memperkukuhkan penglibatan pelajar, Ibu bapa, guru Sekolah dan komuniti dalam perkembangan bidang TVET melalui kolaborasi dengan institusi TVET.” katanya.
Ag Ismail berkata, Kementerian Sumber Manusia (KASUMA) melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) sentiasa komited dalam memperkasakan dan mengharus bidang TVET di negara ini.Ia adalah selaras dengan inisiatif yang telah digariskan di dalam Dasar TVET Negara 2030 dalam menjadikan TVET pilihan utama Kerjaya.
Program Outreach tersebut telah berjaya menghimpunkan 2000 pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru, Ibu bapa, Belia komuniti Labuan dan pihak industri yang melibatkan pihak swasta dan Penyelia Latihan Awam.