31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Iftar Ramadan titian kukuhkan Silaturrahim: Jonathan Yasin

Datuk Jonathan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Suatin Mayur mewakili Jawatankuasa Masjid Pekan Kundasang.

KUNDASANG: Masyarakat Islam di sini dipuji kerana berjaya menganjurkan Majlis Iftar Ramadan sebagai titian untuk memperkukuhkan Silaturrahim sedia terjalin dikalangan mereka.

Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata, menerusi majlis seumpanya juga diharapkan dapat merapatkan persaudaraan dikalangan mereka yang beragama Islam dengan komuniti setempat.

“Inilah keunikan di Sabah khususnya di Ranau dan Kundasang semua boleh duduk semeja tanpa dibatasi dari segi agama, suku kaum dan idologi politik”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada majlis  Iftar Ramadan di rumah kediaman  salah seorang  penduduk pekan Kundasang, Suhajin Bin Haji Jalin yang dihadiri lebih 100 orang pendududk Islam sekitar pekan Kundasang pada Rabu.

Datuk Jonathan mengharapkan agar program seumpama itu dapat dikekal dan diteruskan pada masa akan datang sebagai ‘Tunjang Perpaduan’ dikalangan masyarakat Islam dengan komuniti bukan seagama dengan mereka.

Terdahulu, Suhajin dalam ucapannya mewakili penduduk berterima kasih atas kesudian Datuk Jonathan  meluangkan masa menghadiri majlis Iftar Ramadan yang seterusnya bersama-sama  masyarakat Islam untuk Berbuka Puasa pada petang itu.

Suhajin mewakili penduduk pekan Kundasang memohon kepada Datuk Jonathan untuk  mendapatkan kos bagi pemasangan Lampu Solar di kawasan tanah perkuburan  pekan Kundasang bagi kemudahan penduduk dalam pengurusan berkaitan Tanah Perkuburan berkenaan terutama waktu malam.

Jonathan ketika mengulas permohonan itu, memberi reaksi positif sambil  memaklumkan akan mengambil perhatian terhadap permohonan itu dan akan dilaksanakan  secara berfasa.

Turut diadakan sempena majlis itu sebelum majlis berbuka puasa ialah, penyampaian sumbangan berupa wang tunai RM1,000 kepada Masjid pekan Kundasang dan RM500 (setiap sebuah) kepada 7 surau  serta sumbangan kepada 20 orang Asnaf sekitar pekan Kundasang yang penyerahannya telah disempurnakan Datuk Jonathan.

Hadir sama pada majlis itu ialah, mantan Pegawai Daerah Ranau, Siriman M.F Basir, Ketua Polis Balai Kundasang, Sub.Insp. Jazman Bin Saad, Hussen Jirat (Setiausaha Sulit Kanan) Datuk Jonathan, Pengarah Hospital Ranau, Dr. Eva Candra Susanti Binti Suhali, Pengerusi Biro Hal Ehwal  Islam Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Sapilin Bin  Mudin bersama Staf Pejabat Parlimen P.179 Ranau.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN