30.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

IDS HANTAR BANTUAN KE DAERAH PITAS DAN KOTA MARUDU

Wakil Pasukan D-Hub IDS menyerahkan 20 kotak makanan RTE Hero Meals kepada Pegawai Daerah Pitas, Tuan Asdi @ Mohd Faizal bin Hussin (tengah) untuk mangsa banjir.

KOTA KINABALU : Bencana banjir yang melanda Sabah telah menjejaskan beberapa daerah, dengan Kota Marudu menjadi kawasan yang paling terkesan.

Seramai 912 orang daripada 290 keluarga telah dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang diaktifkan. Sementara itu, Pitas turut mencatatkan 10 mangsa banjir daripada 6 keluarga, namun setakat ini tiada PPS dibuka di daerah tersebut.

Banjir kali ini berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak semalam, menyebabkan paras air beberapa sungai meningkat dan melimpah ke kawasan rendah.

Sebagai tindak balas terhadap situasi ini, pasukan Disaster Monitoring Hub (D-Hub) Institut Kajian Pembangunan (Sabah), (IDS) dengan kerjasama NGO, Kembara Kitchen dan CIMB Foundation telah menggerakkan pasukan bantuan ke Kota Marudu dan Pitas pada hari Jumaat, 21 Mac 2025 bagi membantu mangsa banjir yang terjejas.

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan IDS dalam memastikan keperluan asas mangsa banjir dapat dipenuhi dengan segera.

Wakil Pasukan D-Hub IDS menyerahkan 20 kotak makanan RTE Hero Meals kepada Pegawai Daerah Kota Marudu, Puan Meirin binti Sugara (5 dari kanan

Sebagai bantuan segera, bekalan makanan sedia dimakan (RTE) telah dihantar ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Marudu dan diserahkan kepada Pegawai Daerah Kota Marudu, Puan Meirin binti Sugara.

Sementara itu, di Pitas, bekalan makanan sedia dimakan (RTE) telah disampaikan kepada Pegawai Daerah Pitas, Tuan Asdi @ Mohd Faizal bin Hussin.

Secara keseluruhan, sebanyak 20 kotak makanan sedia dimakan (RTE) telah diagihkan kepada setiap daerah bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan.

Pasukan D-Hub IDS akan terus memantau situasi semasa dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan.

IDS turut menyeru orang ramai serta pihak berkepentingan untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan, bagi memastikan mangsa banjir dapat menghadapi situasi ini dengan lebih baik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN