Juara Gross… Idris menerima hadiah daripada Arzali.
LABUAN: Idris Mohd. dan Ibrahim Nuhalim masing masing dinobatkan juara kategori Gross dan Nett Kejohanan Golf Merdeka Thropy 2025 anjuran Labuan International Golf Club (LIGC) yang diadakan baru baru ini.
Kejohanan yang mendapat kerjasama Perbadanan Labuan itu menyaksikan pemain yang tidak asing lagi di Labuan, Idris menerima sebuah piala rebutan, piala iringan dan wang tunai selepas mencatatkan 81 pukulan.
Manakala Ibrahim dinobatkan juara bagi kategori Nett selepas mencatatkan 68 pukulan untuk menerima sebuah piala rebutan, piala iringan dan wang tunai.
Naib juara bagi kategori Gross dimenangi oleh Kamaruddin Neni dengan mencatatkan 82 pukulan dan tempat ketiga dimenangi Benedik Bakri Awang yang juga mencatatkan 82 pukulan (OCB).
Sementara itu naib juara bagi kategori Nett dimenangi Mohd Shafie Yazid yang mencatatkan 67 pukulan dan tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Khairul Abdul Ghani dengan catatan 68 pukulan.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Arzali Ardi @Ah Siong.
Seramai 103 pemain tempatan termasuk beberapa pemain dari Sabah dan Brunei Darussalam.
Kekohanan yang berlangsung di padang LIGC 18 lubang itu turut menyediakan hadiah istimewa Hole In One sebuah kereta Proton Saga dan wang tunai disamping hadiah cabutan bertuah yang menarik untuk dibawa pulang oleh pemain.
Hadir sama Kapten Golf LIGC, Japar Ahmad.