27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ibu bapa, guru perlu main peranan pantau anak-anak di asrama.

Ghani menyampaikan sumbangan kewangan kepada pelajar Islam di sekolah itu.

NABAWAN: Ibu bapa dan guru-guru terutama warden asrama perlu memainkan peranan untukmenjaga tingkah laku atau disiplin anak-anak yang tinggal di asrama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, ini penting bagi mengelakkan kejadian kes buli dan perkara yang tidak diingini berlaku.

Katanya, pada masa ini kes buli semakin menjadi-jadi seperti yang kita lihat melalui paparan media sosial yang berlaku di beberapa buah sekolah di negara ini.

“Baru-baru ini masyarakat digemparkan dengan kes bunuh seorang pelajar lelaki yang tinggal di asrama sebuah sekolah di daerah Lahad Datu” jelasnya.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, menurut laporan kematian pelajar tersebut adalah disebabkan dibelasah atau dipukul oleh pelajar-pelajar yang lain.

“Perkarasedemikian amat membimbangkan dan kita tidak mahu ada kes-kes seumpama itu berulang dan sama sekali kita tidak mahu ianya berlaku di tempat kita” katanya semasa berucap sempena Majlis Khatam Al-Quran Dan Iftar Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan II di sini pada Selasa.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Nabawan Puan Laineh Agindang @ Mohd Asri, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran Zakariah @ Hamzah bin Junaiday, Pengetua SMK Nabawan II Salimun @ Ambuor Amaron dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Daud Anggau.

Sehubungan dengan ini Ghani menyeru
kepada semua pelajar di daerah ini khususnya mereka yang tinggal di asrama jangan ada kes buli-membuli dan jangan timbulkan permasalahan di asrama.

Pada masa sama Ghani mengongsikan tentang komitmen kerajaan negeri Sabah mengenai perihal pembangunan modal insan khususnya dalam soal pendidikan di Sabah.

Katanya, Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa membela atau mengutamakan pembangunan modal insan di negeri ini.

“Jika kita lihat dalam tempoh pemerintahan kerajaan negeri pada hari ini walaupun baru empat tahun banyak inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk anak-anak kita yang masih bersekolah, sebagai contoh, Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), BantuanTunai Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan banyak lagi” jelasnya.

Malah baru-baru ini katanya, Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bantuan
tambang tiket penerbangan kapal terbang bagi pelajar-pelajar Sabah yang melanjutkan pendidikan di semenanjung.

Beliau berkata, usaha-usaha kerajaan negeri Sabah mengenai perihal pendidikan di negeri ini akan sentiasa diberi perhatian dan memerlukan dokongan semua pihak agar negeri kita mempunyai aset atau generasi muda yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi untuk mewarisi negeri yang kita cintai ini di masa akan datang.

Mengenai program itu Ghani berkata, ia wajar dilaksanakan di sekolah-sekolah kerana secara
langsung ia boleh melibatkan ramai pelajar dan pengelibatan ibubapa serta warga pendidik sekaligus akan mengimarahkan bulan Ramadan dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Pada majlis itu Ghani menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua pelajar-pelajar beragama Islam di sekolah itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN