Haji Yazid (duduk tiga dari kanan)bergambar kenangan bersama guru-guru KAFA As Syakirin, ibu bapa dan murid.
KENINGAU:Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles meminta ibu bapa di sekitar Bingkor Agar menghantar anak-anak mereka ke KAFA As Syakirin Pekan Bingkor.
Katanya, pihak kerajaan telahpun menyediakan kemudaahan tersebut untuk umat Islam di kawasan ini, maka ibu bapa perlu menggunakannya bagi manfaat anak-anak mereka.
Haji Yazid yang juga Ketua Biro Agama Islam DUN N.40 Bingkor berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Penghargaan Murid KAFA As Syakirin Pekan Bingkor berlangsung di Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor kelmarin.
Turut hadir di majlis itu ialah Imam Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Imam Juslin Ibrahim, Penyelia KAFA Daerah Keningau Ustazah Mazni Munarah, Pengerusi KAFA As Syakirin Pekan Bingkor Kamarudin Said dan para ibu bapa.
Pada majlis itu lima murid menerima penghargaan bagi kategori Aktif PDPR terdiri daripada Mohammad Iqbal Razieman bin Ryner @ Raynold (tahun 2), Haidil bin Cefleey @ Nelson
Putrianna (tahun 3), Mohd Azryll bin Azli (tahun 4), Azwani Alyysa binti Abdullah (tahun 4), Mohammad Razmiezam Shazwanshah bin Ryner @ Raynold (tahun 5), Heliza binti Ceffleey (tahun 5)dan Mohammad Hayqal bin Jasri (tahun 6).
Sementara itu penghargaan kehadiran terbaik Tahap 1 diterima oleh Mohammad Iqbal Razieman bin Ryner @ Raynold dan Tahap 2 masing-masing diterima oleh Mohammad Hayqal bin Jasri dan Mohd Azryll.
Bagi penghargan Modul penilaian kelas kafa (MPKAFA) diterima oleh Heliza binti Ceffleey, Razmiezam Sazwanshah bin Ryner dan Mohammad Hayqal bin Jasri.
Turut menerima penghargaan adalah Ibu Bapa prihatin terdiri daripada Puan Janney, Encik Ryner, Encik Jasri, Encik Ceffleey dan Puan Maslyiah binti Bujang.