SIMBOLIK…. Fadzilah (kanan sekali) brsama Amir dan Wan Azman (kiri) bersedia untuk menanam pokok bakau sempena Program Denai Sungai Kebangsaan 4.0 peringkat Labuan di Hutan Paya Bakau Kinabenuwa, pagi Sabtu.
LABUAN: Hutan Paya Bakau Kinabenuwa yang menjadi perlindungan habitat bakau dan salah satu Tapak Warisan Labuan Geopark dipilih sebagai lokasi pelancaran program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) 4.0 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2021.
Program DSK 4.0 yang siadakan sempena Hari Alam Sekitar Negara 2021 dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran dan Perbadanan Labuan serta rakan strategik syarikat swasta, JX Nippon Oil & Gas (Malaysia) Limited telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Haji Mahmud, pada Sabtu.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Labuan, Amir Hamzah Musa, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan, Juniaddi Awang Tuah dan Pengurus HSE, JX Nippon Oil & Gas (Malaysia) Limited, Wan Azman Wan Mahmud.
Fadzilah dalam ucapannya menjelaskan Hutan Paya Bakau Kinabenuwa seluas 374.21 hektar merupakan hutan paya bakau terbesar di pulau ini dan ianya kaya dengan kepelbagaian biologi.
“Selain itu ia juga menjadi habitat terpenting sebagai tempat pembiakan hidupan marin yang turut menjadi sumber makanan laut masyarakat setempat.
“Hutan paya bakau Kinabenuwa juga boleh meningkatkan kualiti air sungai dan melindungi kawasan daripada banjir, hakisan serta ombak besar” katanya.
Dalam waktu yang sama katanya, hutan paya bakau memberi banyak kebaikan kepada alam sekitar, ekonomi dan juga manusia.
“ Oleh itu pemilihan Hutan Paya Bakau KinaBenuwa sebagai DSK 4.0 amat bertepatan dan penting untuk kita memelihara dan memulihara hutan paya bakau dengan melibatkan alktiviti penanaman pokok secara gotong royong” katanya.
Jelas Fadzilah lagi, Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) di bawah Kementerian Alam Sekita dan Air telah meluluskan peruntukan sebanyak RM250,000 di bawah Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GERAK) sebagai usaha meningkatkan Kawasan Hutan Paya Bakau dan Hutan Paya Laut yang terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan.
“Inisiatif ini dilaksanakan dengan kolaborasi Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan dengan melibatkan penanaman 9,250 batang pokok bakau dan sepesis bukan bakau yang akan ditanam di enam lokasi terpilih termasuk Pusat Eko Pelancongan Paya Bakau Kinabenuwa” katanya.
Lima lagi lokasi yang dipilih ialah Pantai Kampung Tanjung Aru Nelayan, Pantai Tanjung Aru-Kerupang, Sungai Gersik, Kampung Gersik dan Tanam Botani Labuan.
Pada majlis itu, sebanyak 500 anak pokok bakau dan pelbagai sepsis telah ditaman di sekitar Sungai Kinabenuwa menggunakan geran (GERAK) yang akan direkodkan di dalam aplikasi Penghijaun Mlaysia.



