John (kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir di sini
TAMPARULI: Semua pihak perlu tampil dengan seikhlas hati dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini tanpa melihat perbezaan antara sesama.
Ketua Bahagian StarSabah N14 Tamparuli, John Jinitoh turut menggesa semua pihak agar berhenti menyalahkan satu sama lain terhadap kerjadian bencana alam ini.
“Mari kita menyemai sifat saling membantu tanpa mengira apa bangsa, anutan agama dan fahaman politik.
“Bencana alam tidak perlu salahkan sesiapa, tidak perlu tuding jari, tapi ini adalah tanggungjawap kita bersama sebagai masyarakat untuk saling membantu dan saling peduli tidak kira kita dari pihak kerajaan atau pembangkang,” katanya.
John (tengah) dan lain-lain dalam aktiviti kebajikan anjuran STAR N.14 Tamparuli itu
John berkata demikian semasa menganjurkan aktiviti kebajikan mereka yang dihantar di Kg Kauluan baru-baru ini.
“Kami menghantar sumbangan itu melalui ketua Kg Kauluan Tuan Lisan. Aktiviti ini diketuai oleh saya sendiri bersama AJK Bahagian, Wiranita dan Wiramuda STAR N.14 Tamparuli
“Jumlah sumbangan adalah berupa mineral water 80 katon, bakul makanan 80 beg, beras 10kg sebanyak 50 kampit,” katanya.
John berterima kasih kepada semua Team Kebajikan STARSABAH Tamparuli terdiri dari AJK STARSABAH Bahagian N14 Tamparuli, Wiramuda dan Wiranita Tamparuli yang telah sama-sama menjayakan aktiviti kebajikan tersebut.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para mangsa yang terkesan oleh banjir,” jelas beliau.