35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hubungan antara AADK, NGO penting dalam usaha cegah penyalahgunaan dadah : Azlan

Azlan (lima dari kanan) dan Abdul Rashid (empat dari kanan) bersama AJK penganjur program.

KENINGAU: Hubungan antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan di daerah amat penting dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya golongan belia.

Ketua Pegawai AADK Daerah Keningau Azlan Sulaiman berkata, penglibatan persatuan-persatuan dan NGO termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat dalam pecegahan penyalahgunaan dadah sangat diperlukan.

Katanya, ia amat bertepatan dengan slogan AADK iaitu “Lebih Baik Cegah” yang menekankan betapa pentingnya pencegahan kerana merawat atau memulihkan bukanlah perkara yang mudah.

Azlan berkata demikian semasa berucap merasmikan Kanival Riuh 2023 anjuran bersama AADK dan Persatuan Kolupis yang berlangsung selama tujuh hari di padang bandaran di sini.

Mengenai penganjuran program itu Azlan berkata, program yang besar seperti inii dapat merapatkan hubungan diantara masyarakat dan AADK.

Perasmian Karnival itu diserikan dengan persambahan daripada Artis-Artis tempatan, pertunjukan silat gayong dan taekwwando.

Turut hadir Presiden Kouludan Pisompuruan (Kolupis) Daerah Keningau, Sabah, Abdul Rashid Sainong, Timbalan Presiden Kolupis Sarbidin Linus selaku pengerusi bersama program Karnival Riuh 2023, Ketua Unit Pencegahan AADK Keningau Mohd Sazaki Mohd Zin, Ketua Unit Rawatan dan Pemulihan Almus Tambisan, Pegawai-Pegawai AADK dan AJK Pessatuan Kolupis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN