Sonja (kedua dari kanan) semasa menyerahkan kerusi kepada Dr Ukim (kedua dari kiri).
KENINGAU: Hospital Daerah Keningau menerima sumbangan sebanyak 100 buah kerusi PVC daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan itu diberikan kerana pihak
hospital tersebut amat memerlukannya sebagai penambahbaikan perkhidmatan dan fasiliti hospital.
Penyerahan Sumbangan daripada Robert yang Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Bingkor itu sempurnakan oleh Staf Pejabat ADUN N.40 Bingkor Encik Sonja Junaidi yang diterima oleh Timbalan Pengarah Hospital Daerah Keningau Dr Ukim Antiko.
Dr Ukim mewakili warga Hospital Daerah Keningau merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan kepada hospital.
Katanya, dengan adanya sumbangan kerusi tersebut sudah tentu memberikan keselesaan kepada orang ramai yang memerlukan rawatan.
Turut sama Ketua Wiramuda StarSabah N.40 Bingkor Encik Florian Ilon.



