SIMPATI…Haji Mohd Fadzlee (tiga dari kiri) memyaksikan jentera mengalihkan pokok yang tumbang ke rumah mangsa ketika ziarah tersebut
KUALA PENYU: Calon Bebas, Haji Fadzlee Abdullah terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan ini dengan menziarahi seorang penduduk Satri Sunam yang rumahnya ditimpa pokok nangka dan tarap di Kampung Temporong di sini, Sabtu lepas.
Dalam kejadian itu, rumah penduduk berkenaan dan keluarganya telah mengalami kerosakan akibat dihempap pokok nangka yang besar dan tarap berhampiran halaman rumah.
Jentera berat terpaksa digunakan untuk mengalihkan batang pokok dan seterusnya membersihkan kawasan kejadian.
Haji Fadzlee yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Beaufort yang sentiasa cakna kepada masalah rakyat , bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
“KIta turut bersimpati dengan musibah yang menimpa rumah Encik Matri ini,” katanya
Beliau berharap supaya penduduk berkenaan dan keluarganya bersabar dengan kejadian yang berlaku.
“Sebagai pemimpin, kita akan terus berkhidmat kepada penduduk di kawasan ini dalam apa juga situasi yang mereka hadapi,” katanya.