26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hayati makna sebenar kemerdekaan yang disambut pada setiap tahun: Robert Tawik

Robert melepaskan rombongan konvoi KMKM ke destinasi seterusnya.

KENINGAU:Rakyat di negara ini haruslah menghayati makna sebenar kemerdekaan yang disambut pada setiap tahun.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ini kerana sebuah kemerdekaan itu bukan sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata, namun ianya adalah detik negara tercinta bebas daripada cengkaman penjajah dan memungkinkan kita membentuk negara bangsa sendiri.

“Sempena sambutan hari Kebangsaan Malaysia ke 65 bagi tahun ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisma cintakan tanah air dalam diri masing-masing” katanya pada Program Menyambut Ketibaan Konvoi Kembara Kekuarga Malaysia Negeri Sabah 2022 Daerah Keningau Di Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Merampong pada Khamis.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, tema Hari Kebangsaan Tahuni ini, “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” bertepatan dengan situasi semasa Malaysia yang menunjukkan keprihatinan kerajaan serta rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersama-sama bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi dugaan wabak COVID-19.

Pada masa sama Robert menyeru masyarakat supaya tidak berkira untuk membeli bendera dan hanya menunggu pemberian bendera percuma dari Jabatan Penerangan atau mana-mana jabatan yang terlibat dalam kempen bulan kemerdekaan.

“Carilah inisiatif lain untuk bersama-sama menyemarakkan lagi kempen mengibarkan jalur gemilang di kediaman masing-masing. Ubah persepsi bahawa hanya Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan sahaja yang berperanan untuk mempromosikan bulan kemerdekaan ” katanya.

Beliau turut menyeru kepada semua masyarakat di kawasan ini supaya sama-sama mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sabah di kediaman dan premis-premis perniagaan masing-masing.

Sebagai tanda penghargaan atas usaha rombongan mempromosikan bulan kemerdekaan, rombongan konvoi KMKM itu diraikan dengan majlis makan malam oleh ADUN Bingkor di Taman Bandukan Riverside Resort.

Hadir sama Pengarah Penerangan Sabah Puan Nadzerah Abdullah, Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Ketua Konvoi Azman Sipan, PPM Bingkor Junior Fred Vincent Marukau dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN