SOP….Bashir mematuhi SOP COVID `19 sebelum memasuki perkarangan balai raya untuk merasmikan Persidangan UMNO Kampung Lubok Temiang.
Labuan: Ketua UMNO Bahagian Labuan Senator Datuk Bashir Alias mengingatkan ahli-ahli UMNO di pulau ini supaya sentiasa menghayati serta mempertahankan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi memastikan kesinambungan bangsa dan agama orang melayu.
Dalam waktu yang sama beliau juga mahu ahli-ahli UMNO menunjukan semangat permuafakatan ketika melaksanakan persidangan UMNO di peringkat cawangan tanpa membelakangkan perlembagaan parti.
“Pernah satu ketika dulu bila mana pendaftaran UMNO telah diharamkan oleh mahkamah akibat kegagalan UMNO mengadakan persidangan peringkat cawangan tanpa mematuhi perlembagaan parti.
“Bagaimanapun kita bersyukur parti yang menjadi keramat orang Melayu ini dapat dikembalikan semula. Begitulah pentingnya mengapa parti perlu mengadakan mesyuarat cawangan dan Bahagian mengikut peraturan berlandaskan perlembagaan parti”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO empat peringkat Tahun 2020, Cawangan Lubok Temiang, malam kelmarin.
Bashir yang juga Ahli Dewan Negara turut mengucapkan tahniah kepada UMNO Cawangan Lubok Temiang kerana berani mengadakan mesyuarat secara solo.
“Kejayaan mengendalikan mesyuarat secara solo membuktikan penduduk kampung Lubok Temiang merupakan penyokong setia parti UMNO dan Barisan Nasional (BN)” katanya.
Hadir sama, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Datuk Haji Abdul Rahman Lamuddin, Naib Ketua UMNO Bahagian, Sahri Tarji, Setiasuha UMNO Bahagian merangkap Pemangku Ketua UMNO Cawangan Lubok Temiang, Mohd Dzulfaizal Abd.
Manan, Ketua Wanita Bahagian, Niswati Tarji, Ketua Pemuda Bahagian, Musa Basman dan Ketua Puteri, Jura’adhiyah Dr. Harun.