30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hati-hati mendaki Gunung Kinabalu di musim hujan: Bomba

Anggota Mosar menggendong mangsa ke tempat selamat pada Ahad

RANAU: Permulaan musim hujan di daerah ini seolah-olah memberi cabaran dalam kalangan pendaki Gunung Kinabalu apabila trek pendakian semakin licin berbanding keadaan ketika musim kemarau.

Ke arah itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib mengulangi nasihatnya kepada semua bakal pendaki supaya mengambil penilaian serius terhadap kesihatan mereka sebelum mendaki Gunung Kinabalu.

Beliau berkata perlu ada persiapan mental dan fizikal, dan hanya bawa barang yang sesuai dan perlu sahaja.

Beliau turut menasihati pendaki yang mendaki Gunung Kinabalu supaya lebih berhati-hati semasa cuaca tidak menentu sekarang kerana permukaan tanah dan batuan lebih licin berbanding cuaca biasa.

“Sentiasa mendaki dalam kumpulan, jangan berjalan sendirian dan pastikan anda memberi perhatian kepada nasihat malim gunung. Ini amat penting bagi mengelak kejadian tidak diingini pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu pada Ahad, seorang wanita warga tempatan berusia 38 tahun menjadi mangsa ke-15 mengalami komplikasi semasa mendaki Gunung Kinabalu bagi tahun ini selepas terseliuh di buku lali kiri di sini pada Selasa.

Ridwan berkata, kejadian berlaku di Kilometer 6 trek mendaki Gunung Kinabalu, kira-kira jam 9 pagi.

“Kami menerima panggilan melalui Talian Stesen dan sepasukan enam pasukan mencari dan menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu serta dua anggota Bomba dan Penyelamat diketuai Pegawai Operasi, PB Reason Justin bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan tiba di lokasi pada jam 9.22 pagi, kami mendapati terdapat seorang pendaki yang mengalami terseliuh buku lali kiri semasa turun dari puncak, dan tidak mampu meneruskan pendakian sendirian.

“Anggota Mosar bersama lima Malim Gunung memberikan rawatan awal dan kemudian membawa turun mangsa menggunakan kaedah piggyback carry menuju ke Timpohon,” katanya.

Menurut Ridwan, kira-kira jam 1.55 tengah hari, mangsa selamat tiba di Timpohon Gate dan kemudian mangsa diserahkan kepada anggota EMRS untuk dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, kes pada Ahad menjadi kes kedua bagi bulan Jun tahun ini, dan ke-15 bagi tahun 2024.

Pada Januari lalu, tiga pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu manakala pada Februari (2), Mac (2), April (0) dan Mei (6) kes serupa direkodkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN