YUSUP (tengah) dan Jaafar (tiga kiri) bergambar kenangan semasa Majlis Perjanjian Persefahaman bersama ASWILA dan Masjid Rancha-Rancha.
LABUAN: Hassan Jinin dan Salahuddin Mohammad terus diberi kepercayaan menerajui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (SKRR) bagi Sesi 2023/2025.
Kedua dua mereka diberi kepercayaan untuk menerajui persatuan itu selepas semua ibu bapa yang hadir pada mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022/2023 yang diadakan baru baru ini.
Jawatan Setiausaha, disandang Nurhafizoh Thoharah Nazri, Bendahari, Chin Jin Vun serta Juru Audit 1, Norainah Sabudin dan Juru Audit 2, Nor Hafizah Azahri.
Enam orang dipilih sebagai AJK Ibu Bapa iaitu Affandi Abas, Ag Musliyadi Muslimin, Asmadi Hussain, Ruyzaini Zakaria, Mazlan Aji dan Noraini Mohd Ali.
AJK Guru pula terdiri daripada Dayang Nur Atiqah Osman, Norzita Awang, Florence Yong Yee Phin dan Mohd Asri Zarudin Iswadi Idris.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Mohamad ketika berucap pada majlis itu berkata, PIBG memainkan peranan untuk terus bekerjasama bersama guru dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan mewujudkan prasarana sekolah yang kondusif.
Katanya, dalam usaha untuk menjayakan konsep yang dibawa oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali iaitu konsep Anak Baik Cerdik (ABC).
Yusup memaklumkan KPM telah menurunkan sejumlah peruntukan untuk semua sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan.
Yusup berharap agar sekolah dapat menggunakan peruntukan tersebut dengan saksama khususnya kebersihan tandas dan penghawa dingin bagi bilik guru sesuai dengan tagline “Murid Ceria Guru Bahagia Sekolah Bitara”.
Guru Besar SKRR, Jaafar Matusin yang turut berucap pada majlis itu berharap ibu bapa akan terus menyokong dan membantu sekolah dalam meningkatkan kembali kecemerlangan sekolah.
Beliau yang juga Penasihat PIBG yakin hubungan baik antara PIBG, ibu bapa dan pihak sekolah akan memudahkan guru-guru menjalankan tugas yang diamanahkan.
Hassan Jinin pula berharap semoga segala usaha beliau dan barisan AJK PIBG sepanjang menerajui tampuk kepimpinan dari tahun 2021 sehingga tahun ini mendapat keberkatan dan memberikan impak positif kepada perkembangan pendidikan anak-anak SKRR.
Turut diadakan majlis menandatangani perjanjian persefahaman bersama Anak Seni Wilayah Persekutuan Labuan (ASWILA) yang diwakili oleh Ak Joefery Ak Omar untuk penubuhan kumpulan tarian sekolah dan perjanjian persefahaman bersama Masjid Rancha-Rancha yang diwakili oleh Pengerusi Masjid, Hassan Sirat untuk penubuhan pasukan marhaban sekolah yang disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan ,Yusup Mohamad dan Penasihat PIBG SKK Rancha Rancha, Jaafar Matusin
Turut hadir Pegawai Polis Perhubungan SKRR, ASP Sukvindeerjet Singh A/L Channan Sing dan Sarjan Rixferd @ Albertilo Said, Penolong Kanan Pentadbiran, Afandi Nasir, PK Hak Ehwal Murid, Shawal Abdul Rahman, PK Ko-kurikulum, Mohammad Affendi Abas dan PK Pendidikan Khas, Rodhy Edward Edward Jalin.



