RASMIKAN… Harun berucap dan meluncurkan pertandingan sukan e-sport elektronik.
OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN DAN A.JALIL MADARIN
PITAS: Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah, (PDIS) Datuk Harun Ismail berkata, golongan belia berbilang kaum yang tidak lagi bersekolah dan bekerja di daerah ini khasnya dinasihatkan agar menyertai pertandingan sukan E-Sport Mobile Legen di masa akan datang.
Ini katanya sukan zaman AI ini ada manafaatnya kepada generasi masa kini dan generasi akan datang.
“ Kita wajib berfikiran positif dan terbuka jika ingin maju kehadapan bukannya masih berada ditahap lama yang tidak menjanjikan sesuatu yang membanggakan,” tegasnya.
Katanya, kalau satu masa dahulu sukan E-Sport elektronik ini dilabel sebagai sukan yang tiada masa depan namun anggapan itu adalah tidak benar kerana sukan e-sport kini sudah sangat popular bukan sahaja dalam negeri dan negara kita malah sudah diketengahkan di peringkat global.
Langkah ini kata Harun telah menjadikan ianya sukan elektronik yang di pertandingkan dengan penyediaan hadiah jutaan malah sehingga bilion ringgit di peringkat antarabangsa.
Dalam hubungan ini, beliau beranggapan permainan ini bermula dari ruang atau kamar kecil yang sekarang ini ke pentas kejohanan dan ianya boleh mengubah nasib seorang “Gamers” dengan perolehan ganjaran yang sangat lumayan.

ABADIKAN KENANGAN… Harun (memegang banner) mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu dan peserta pertandingan.
Walau bagaimana pun ujarnya, adik-adik yang masih bersekolah teruskan belajar berusaha sungguh-sungguh sehingga ke menara gading, fokus kepada pembelajaran dengan tujuan untuk menjadikan diri anda sebagai graduan yang berjaya.
“Sebagai oekajar jangan sesakali berhenti dari belajar dengan tujuan menumpukan kepada permaianan e-sport semata-mata itu tidak betul sebaliknya habiskan masa belajar dengan jayanya kemudian mencari pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan yang di miliki,” tambahnya
Harun juga meminta ibu bapa agar sentiasa memerhatikan kedudukan anak-anak mereka dan nasihatkan anak-anak yang masih bersekolah agar mengutamakan pelajaran demi masa depan mereka sekeluarga.
Berucap merasmikan sukan E-Mobile Legen Tertutup Kampung Telaga, Liu, Malubang dan Bongkol anjuran Shushi Electronic Sport Club baru-baru ini Harun yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), menambah, beberapa bulan yang lepas di Dewan Belia Pitas beliau amat teruja sukan seumpama ini telah disertai oleh seramai 450 orang golongan belia (lelaki dan perempuan) satu jumlah yang menakjubkan bagi daerah Pitas.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelaksana program ini adik Alpicino@Sino bersama ahli jawatankuasanya yang telah memperkenalkan sukan kejohanan e-sport elektronik di daerah Pitas khasnya.
Pertandingan kali ini disertai oleh 15 buah pasukan kesemua pemenang masing-masing membawa balik hadiah termasuk wang tunai mengikut kategori yang disediakan dan hadiah-hadiah disumbangkan oleh Datuk Harun Ismail.
Hadir sama, Pengerusi penganjur Alpicino@Sino, Pegawai Khas kepada Datuk Harun, Abdul Majit Tarip @Man, Pegawai Kemajuan Masyarakat Daerah Pitas Ariffin Matasin serta kraw DHI dan jawatankuasa penganjur.