26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hari Sabah Dirai Serentak Hari Kebangsaan Pada 31 Ogos Ini

CENDERAMATA…Mohd Sofian (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar

KOTA KINABALU:   Sabah bakal melakar sejarah apabila julung-julung kalinya, Hari Sabah dirai serentak dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair berkata pelaksanaan gabungan sambutan itu adalah selaras dengan warta kerajaan negeri yang diterbitkan pada 20 Jun lalu yang menyatakan Hari Sabah disambut pada tarikh tersebut.

Bulan lepas, baru saja kita dapat pewartaan khususnya Hari Sabah dan itu sebabnya nama sambutan Hari Kebangsaan kita ubah kepada Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024.

“Tahun lepas, kita tidak wartakan it just starting point kerana kita tengok sama ada sambutan mendapat respon dan sebagainya.

“Tapi kini, kabinet telah memutuskan untuk diwartakan Hari Sabah sebab pentingnya untuk kita mengingati our own kemerdekaan Negeri Sabah jadi,  kabinet memutuskan supaya gabungan dibuat Hari Kebangsaan Hari Sabah diraikan bersama-sama,” jelasnya.


Mengulas lanjut mengenai sambutan, ujar Mohd Sofian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah Tahun 2024, pihaknya menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir ke Sambutan 

Hari Kebangsaan Hari Sabah 2024 pada sebelah pagi, diikuti dengan jangkaan 15,000 kehadiran orang ramai ke konsert bersempena Sambutan Hari Sabah pada malam 31 Ogos, di Padang Merdeka.


“Pada 31 Ogos sebelah paginya, kita akan menyaksikan perarakan kontinjen-kontinjen yang terdiri daripada kerajaan negeri, persekutuan, NGO, badan-badan beruniform, sekolah dan sebagainya berjumlah 150 kontinjen keseluruhannya.”

Pada 31 Ogos malam, kita adakan pengisian program khusus untuk Sabah Day di Padang Merdeka.  


“Pengisian program pastinya akan lebih menarik dengan artis-artis tempatan yang akan mengisi program pada malam itu.


“Yg penting objektifnya, kita akan menyampaikan maklumat-maklumat tentang Hari Sabah iaitu kemerdekaan Sabah secara khususnya.


“Pada sebelah petang di Padang Merdeka, kita jangkakan akan lebih ramai lagi sebab banyak program lain khususnya Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) anjuran Jabatan Penerangan Sabah yang penyertaannya telahpun melibatkan lebih 5,000 orang,” kata beliau.


Mohd Sofian juga mempelawa masyarakat yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu untuk hadir dan memeriahkan sambutan kemuncak terbabit.”Kelainan kali ini pada 31 ogos ini ialah penyertaan tokoh-tokoh iaitu mereka yang telah memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri dari segi penerimaan anugerah di peringkat antarabangsa. 


“Saya tidak akan menyebutkan nama tapi nanti kita saksikan bersama-sama pada 31 Ogos untuk kita semarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan Hari Sabah,” katanya ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, hari ini.


Menurut beliau, kunjungan bertujuan menjemput Tun Juhar untuk menyempurnakan sambutan berkenaan, di samping memaklumkan program-program yang dijalankan sepanjang bulan Ogos.


Antaranya, kemunculan Konvoi KMJG dalam Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2024 di Perkarangan Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah pada 1 Ogos depan. – Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN