31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hari keluarga menjadi pemangkin persaudaraan berkekalan

KENANGAN…Sebahagian ahli keluarga besar arwah KK Suli sempat merakam gambar  bersama Datuk Jonathan dan Staf pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

RANAU:  Majlis Hari Keluarga menjadi pemangkin persaudaraan berkekalan dikalangan   Keluarga  Besar arwah KK Sulih  Bin Lanjah.

Majlis Itu yang diadakan di rumah pusaka arwah KK.Sulih Kg.Kemberoi Timbua di sini baru-baru Ini meriah serta mantapkan  ikatan silaturrahim sedia terjalin dikalangan 200 ahli keluarga yang hadir.

Majlis itu yang diserentakkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertambah meriah dengan kehadiran  Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin bersama staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau diserikan dengan pelbagai persembahan oleh ahli keluarga yang hadir.

Penyelaras program yang juga Pengerusi majlis tahunan itu, Ayart@Mohd.Irwan Bin Suli ketika ditemui mewakili 9 adik beradik  merakam penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran saudara-mara (ahli keluarga besar) arwah KK Suli  dan kehadiran Jonathan ke majis tersebut yang mereka sifatkan sebagai ‘MajlisTautan Kasih’ dan program  bersejarah kearah memupuk persaudaraan sedia terjalin dikalangan ahli keluarga.

“Majlis seumpama ini telah kami rancang lebih awal untuk diadakan sebagai acara tahunan bagi memperkukuhkan ukuwah persaudaraanberkekalan “jelas Ayart.

Jonathan ketika ditemu memuji usaha keluarga arwah KK.Suli kerana berjaya mengadakan majlis tersebut sebagai satu program tahunan.

“Teruskan program murni seperti ini sebagai landasan memantapkan perpaduan dan persaudaraan berkekalan”,tambah Jonathan.

Menurutnya lagi program seumpama itu memberi ruang dan peluang kepada  semua ahli keluarga besar untuk mengenali antara satu sama lain agar hubungan  keluarga tidak akan  terputus.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN