ADVERTISEMENTspot_img

Hannah Yeoh rasmikan Taska Ceria Permata Chi Hwa Labuan

Hannah bersama Wong Kii Yii (Kanan sekali) dan Suhaili selepas merasmikan Taska Ceria Permata Chi Hwa.

LABUAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh merasmikan Taska Ceria Permata Chi Hwa dan Sambutan Tahun Bsru Cina serta Majlis Berbuka Puasa di Dewan Datuk Wong Kii Yii, di Dewan Tadika Chi Hwa anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC), pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abd. Rahman, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekuitif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

Hannah ketika berucap pada majlis itu memuji pihak pengurusan Tadika Chi Hwa kerana terus komited menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan mesra kepada semua kanak-kanak tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berkata, usaha itu sekali gus membuktikan bahawa perpaduan di Labuan bukan sekadar slogan, tetapi diterjemahkan melalui kehidupan seharian masyarakatnya, termasuk dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau berkata walaupun pusat pendidikan ini dikendalikan oleh komuniti cina, namun sentiasa menitikberatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak yang terdiri daripada berbilang kaum.

“Ini jelas membuktikan ibu bapa menginginkan kualiti pendidikan, disiplin serta pendekatan pembelajaran yang seimbang antara akademik dan pembentukan sahsiah”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN