Hannah bersama rakan rakan media Labuan pada majlis tersebut
LABUAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteti (Wilaysh Persekutuan) Hannah Yeoh mengambil peluang untuk meraikan pengamal media Labuan dalam majlis Nur Ramadan di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Sabtu lalu.
Turut hadir di majlis itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.
Hannah ketika berucap berkata program yang sama telahpun diadakan bersama rakan rakan media di Putrajaya dan Kuala Lumpur beberspa hari yang lalu.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan media di Labuan atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan maklumat yang tepat serta sahih terus disampaikan kepada masyarakat.
“Saya yakin rakan rakan media di Labuan tidak terlepas daripada kesibukan mengejar berita untuk memenuhi tuntutan tugas .
” Namun apa yang lebih penting media bukan hanya sekadar menyampaikan berita, sebalikna membantu masyarakat memahami dasar, program serta inisiatif kerajaan demi kesejahteraan rakyat, khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Hannah yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Labuan sebelum ini telah menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, selain meninjau projek pembangunan yang sedang dirancang oleh kerajaan MADANI dan Perbadanan Labuan.



