ADVERTISEMENTspot_img

Hampir 20,000 kunjungi LISC 2023

RITHUAN ketika meninjau  pameran ikan gergasi  hasil tangkapan Cabaran  DAIWA Deep Sea Challenge 2023 di Kompleks Sukan Air Antaranbangsa Labuan

LABUAN: Dianggarkan hampir 20,000 pengunjung  dari luar  Labuan dan tempatan mengunjungi Labuan Iinternational Sea Challenge (LISC 2023) yang berlangsung selama 5 hari bermula pada 9 – 14 Mei yang lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail berkata, pencapaian LISC yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan bersama pelbagai agensi amat memberangsangkan sekaligus ia telah mencapai matlamat dalam menarik pengunjung luar  yang datang ke Labuan.

Beliau berkata, lebih 1,500 peserta dari luar dan dalam negara telah menyertai  pelbagai acara yang dipertandingkan termasuk tiga acara utama LISC membabitkan Cabaran Memancing Laut Dalam atau (DAIWA Deep Sea Challenge 2023), Cabaran Kayak Mengelilingi Labuan (52.5 km) dan Cabarang renang merentasi Selat dari Labuan ke Pulau Papan sejauh 5 km.

“Kita dapat saksikan acara DAIWA Deep Sea Challenge telah berjayamenarik penyertaan  seramai 213 peserta yang sebahagian besarnya merupakan peserta dari luar negara seperti Hongkong, Kanada, Perancis, Australia dan juga Brunei Darussalam.

“Selain itu acara sokongan juga turut mendapat sambutan yang amat memberangsangkan apabila ia turut disertai oleh beberapa peserta luar dari Labuan seperti dari Sabah,  Sarawak dan Brunei Darussalam,  ini membuktikan pengajuran LISC tahun ini adalah yang terbaik” katanya ketika ditemui selepas merasmikan acara penutup LISC 2023 di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, pada Ahad lalu.

Katanya, kejayaan penganjuran LISC pada tahun ini  bukan sahaja mencapai matlamat yang disasarkan, tetapi juga telah membantu  meningkatkan  pertumbuhan ekonomi Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN