27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hampir 2000 umat Islam di Labuan hadir Forum Perdana bersama ATM

Forum Perdana bersama UstazĀ  Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharim di masjid Jamek An Nur Labuan

LABUAN: Hampir 2,000 umat Islam hadir pada program Forum Perdana anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Pangkalan Udara Labuan (PU Labuan) di Masjid Jamek An Nur Wilayah Persekutuan Labuan, baru- baru ini.

Forum Perdana yang diadakan selepas sembahayang Isyak berjemaah itu turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek An Nur, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP).

Program tersebut  yang dikelolakan sepenuhnya oleh Pangkalan Udara Labuan merupakan salah satu  usaha menyokong Dasar Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menerusi Program Pengukuhan Kerjasama ATM dan Awam (CIMIC) bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pangkalan Udara Labuan bersama agensi  kerajaan dan masyarakat  di pulau ini.

Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk kesedaran DanĀ  kepentingan bersama dalam mempertahankan keamanan dan kadaulatan negara.

Sebahagian Umat Islam yang hadir pada Forum Perdana tersebut.

Forum Perdana yang bertajuk Jalinan Iman Dan Keselamatan Dalam Membangun Ummah telah disampaikan oleh dua orang penceramah terkenal iaitu Ustaz Muhammad Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharim.

Hadir sama, Ketua Staff Markas Wilayah Udara Dua (MAWILUD 2), Brig. Jen. Rozainy Ahmad Rapiee, Komander Pangkalan Udara Labuan, Haji Muhammad Taha Hamdan serta Ketua Ketua Jabatan dan agensi kerajaan.

Turut hadir pada forum tersebut ialah 400 warga TUDM Labuan yang terdiri Pegawai Eksekutif Pangkalan dan anggota  pelbagai pangkat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN