RAIKAN… Rithuan (tiga dari kanan) bersama isteri Mirani Majidi Menyambut kehadiran Datuk Indera Noridah (tiga dari kiri)
LABUAN: Hampir 1,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail yang diadakan di Simpang 17, Kampung Pohon Batu, pada Sabtu.
Kehadiran tetamu kenamaan yang terdiri daripada Konsulat Jeneral Repbulik Indonesia (kota Kinabalu), Rafail Walangitan dan isteri, Ibu Oryza Sativa, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Indera Noridah Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman menambah lagi kemeriahan majlis tersebut yang bermula seawal jam 4 petang.
Turut hadir, mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yii, Pengarah Urusan Megah Port Management Sdn. Bhd, Datuk Seri Pactrik Tiong, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Mahanum Fauzi.
Rithuan ketika ditemui berkata, sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan yang diadakan setiap tahun merupakan amalan tradisi yang dianjurkan oleh beliau bersama ahli keluarga untuk merapatkan hubungan silaturahim bukan sahaja dikalangan ahli keluarga tetapi juga kepada dan rakan rakan, sehabat andai serta masyarakat setempat yang berbilang kaum.