28 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hakisan Pantai ‘sangat kritikal’ Kampung Sungai Miri akan dilindungi segera –PL

HAKISAN….. Junaiddi bersama Dr. Fary ketika meninjau pantai Kampung Sungai Miri yang dikategorikan sebagai hakisan sangat kritikal


LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) dengan bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan telah mengenal pasti dua kawasan pantai yang mengalami hakisan sangat kritikal perlu dilindungi dengan segera bagi keselamatan penduduk.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata, dua kawasan pantai yang dikategorikan sebagai sangat kritikal itu ialah pantai Kampung Sungai Miri dan pantai Sungai Pagar yang keseluruhannya sepanjang 2.6 kilometer.


“Secara keseluruhannya kita telah mengenalpasti 22 kawasan pantai yang mengalami hakisan, namun dua daripadanya mengalami hakisan yang sangat kritikal dan 9 dikategorikan sebagai kritikal, manakala 11 lagi memerlukan pamantaun berterusan daripada JPS” katanya ketika ditemui semasa melawat kawasan hakisan pantai kritikal di Kampung Tanjung Aru Nelayan, pada Jumaat.


Terdahulu sebelum itu beliau bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Junaiddi Awang Tuah meninjau pantai Sungai Miri yang dikategorikan sangat kritikal dan Pantai Tanjung Kubong.


Turut sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Labuan, Amir Hamzah Musa.


Menurut Dr, Fary, projek penambakan pantai Sungai Miri yang telah diluluskan peruntukkannya akan disegerakan awal tahun depan.


“Ketika ini JPS sedang peringkat akhir menyediakan dokumentasi dan teknikal sebelum proses tawaran tender di buka kepada kontraktor” katanya.


Dalam perkembangan lain, PL juga katanya menyokong permohonan JPS untuk rancangan perizaban sungai agar boleh menjalankan kerja-kerja pelebaran dan mendalamkan sungai bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering terjadi.

“Antara sungai-sungai itu termasuklah Sungai Anggak, Sungai Miri, Sungai Pagar dan Sungai Belukut dan PL juga menyokong permohonan JPS untuk perizaban tanah kerajaan sebagai dataran banjir di Sungai Kinabenua bagi menyediakan tempat takungan air sebagai persediaan kawalan banjir,” katanya.

Menyentuh mengenai permasalahan banjir yang sering berlaku di Kampung Rancha-Rancha sekian lama, Pengarah JPS Junaiddi Awang Tuah menjelaskan, peruntukan untuk menyelesaikan masalah itu telahpun diluluskan dan ketika ini pihaknya sedang membuat pemilihan melantik Juru Ukur untuk kerja-kerja jurutera ukur dan reka bentuk.

“Untuk projek ini kerajaan telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta dan ketika ini JPS dalam peringkat akhir melantik Juru Ukur bagi kerja-kerja kejuruteraan ukur dan reka bentuk sebelum kerja-kerja pembesaran sungai dan takungan air serta perlepasan air ke laut dapat dilakukan sepenuhnya” katanya.

Dalam pada itu Dr Fary juga juga memohon jasa baik warga Labuan untuk bersama-sama menjaga parit-parit di kawasan masing-masing dengan selalu membersihkannya bagi mengelakkan masalah banjir kilat berlaku, manakala kawasan parit yang terletak ditempat umum akan dipantau dan diberi perhatian sepenuhnya oleh PL dengan meningkatkan kerja pelebaran dan pedalaman sungai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN