Haji Yazid (duduk tiga dari kanan) bersama barisan kepimpinan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.
KENINGAU: Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles terus diberi kepercayaan memimpin dan mengekalkan jawatan Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor bagi sesi 2023-2024.
Beliau menang tanpa bertanding setelah hanya seorang sahaja yang dicalonkan dalam Mesyuarat AGUNG masjid itu yang diadakan di Hotel Perkasa di sini.
Sementara itu Timbalan Pengerusi turut dimenangi tanpa tanding oleh Bekas Setiausaha Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Encik Kamaruddin Said.
Setiausaha Dan Penolong Setiausaha masing masing disandang oleh Bekas Penolong Setiausaha Encik Mohd Sabreh Kallam dan muka baharu Alsyafwan Dani.
Bendahari dan Penolong Bendahari juga dikekalkan oleh Usaid Hj Sukimin dan Puan Laila Bikolos.
Seramai enam orang Ahli Jawatankuasa yang dipilih ialah Adam Iskandar, Dani @Johari Richard, Dahlia Dahrisa, Jasri @ Uyak Jair, Nurdin Zainiddin dan
Sanali Masrun.
Ketika berucap setelah dipilih semula, Yazid mengajak semua umat Islam di kawasan Bingkor supaya bersatu dan sepakat dalam menjayakan program program dan aktiviti aktiviti yang rancang.
Katanya, kekuatan sesebuah organisasi adalah datang dari Ahli-Ahlinya sendiri.